OLEH: Abu Aqif
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda,
إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا
"Apabila kalian mendengar ayam berkokok, mintalah kurnia Allah (berdoalah), kerana dia melihat malaikat. Dan apabila kalian mendengar renyekan keldai, mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan, kerana dia melihat syaitan." [HR. Bukhari 3303 dan Muslim 2729].
Mengapa dianjurkan berdoa?
Al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan Iyadh,
قال عياض كان السبب فيه رجاء تأمين الملائكة على دعائه واستغفارهم له وشهادتهم له بالإخلاص
Iyadh menyatakan, alasan kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. [Fathul Bari, 6/353].
Comments
Post a Comment