OLEH: Abu Aqif
Abu Abdillah Muhammad bin Isma'il At Taimiy, dalam penjelasan beliau terhadap Sahih Muslim, berkata;
"Aku telah membaca di sebahagian kisah mengenai sebahagian ahli (pengikut hawa nafsu, -pent) ketika mendengar hadis Nabi ﷺ,
إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلاَ يَغْمِسْ يَدَهُ فِى الإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاَثًا فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِى أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
"Jika salah seorang di antara kalian bangun tidur, maka janganlah dia mencelupkan tangannya di dalam bejana sehingga dia mencucinya tiga kali terlebih dahulu, kerana dia tidak tahu di manakah tangannya bermalam." [HR. Bukhari dan Muslim].
Dalam rangka mengejek, ahli (pengikut hawa nafsu, -pent) ini berkata,
"Ya, saya tahu ke mana tangan saya bermalam di ranjang!!"
Lalu tiba-tiba pada saat pagi, dia dapati tangannya berada dalam dubur hingga pergelangan tangannya.
At Taimiy berkata,
"Oleh kerana itu hendaklah seseorang berhati-hati untuk meremehkan sunnah (petunjuk) Nabi ﷺ dan dalam keadaan yang menuntutnya untuk berdiam. Lihatlah apa yang terjadi pada orang ini akibat dari perbuatannya." [Bustanul ‘Arifin li An Nawawi. Dinukil dari Ta'zimus Sunnah, hal. 19-20, Darul Qosim].
Apabila disampaikan tentang hadis Nabi atau sunnah Nabi, berdiamlah jika tidak mampu untuk mengikut.
Janganlah meremehkan atau mengejek-ngejek dalam bentuk apa pun samada dengan mata, dengan mulut atau dengan riak wajah kerana ia adalah sifat orang kafir yang patut dijauhi.
إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ. وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya." [QS. Al-Muthaffifin:29-30].
Berkata Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat ini,
"Allah سبحان و تعالىٰ menceritakan perihal orang-orang yang berdosa, bahawa mereka sewaktu di dunia mentertawakan orang-orang mukmin, yakni mengejek dan menghina mereka. Dan apabila mereka lalu di hadapan orang-orang mukmin, maka mereka saling berkedip di antara sesamanya sebagai penghinaan dan merendahkan (mengejek-ngejek, -pent) orang-orang mukmin."

Comments
Post a Comment