Apakah Hukum Zikir Munajat?

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

1. Lagu "hasbi rabbi jallallah, ma fi qalbi ghayrullah, nur muhammad sallallah" adalah Haram didendangkan kerana bercampur batil dan syirik. Di dalamnya ada kesesatan agama Nur Muhammad, mengangkat nabi sebagai tuhan. Ajaran Majusi dan Syiah. "Hasbi rabbi..." telah diharamkan oleh Jakim. 

Allah disebut sebagai Nur Muhammad. Ini batil dan kufr. Tidak harus menyanyikan "hasbi rabbi..." Tidak wujud dalam al-Quran dan al-Hadith.

Nur itu asalnya dari majusi , tuhan majusi. Mereka adjust menjadi Nur Muhammad agar kelihatan islamic.

Majusi ada nur (tuhan cahaya) dan zulmah (tuhan kegelapan).

Segolongan sufiyyah musyrikin mempercayai Muhammad dicipta dari Nur (cahaya) bukan lahir hasil perkahwinan Abdullah dan Aminah. Nur Muhammad itu makhluk terawal dicipta. Ini batil. 

Segolongan sufiyyah lain mempercayai bahawa Nur Muhammad bermakna Muhammad itu nur iaitu Muhammad itulah Allah. Ini kufr yang sangat dahsyat.

Zikir munajat adalah bid'ah dan sesat.

Tidak harus percaya kepada nya, ia rekaan kelompok sesat nur muhammad, tidak harus menyalakkannya sebelum azan. menambh azan adalah bid'ah yang sesat walau dilihat baik.

2. Laisa laha mindunillahi kashifah. Ini berkaitan waktu Qiyamat tetapi ahli syirik merujuknya kepada rahsia Nur Muhammad. 

3.Zikir mesti dibaca secara sendirian dan perlahan, bukan menggunakan microfon dengan kuat, Ini bid'ah dan riya' yang membatalkan amal salih. Makna munajat adalah bisikan dan rintihan rahsia kepada Allah, bukan dilaungkan kepada orag ramai.

[Gerakan PENA Malaysia]



Comments