Isteri Melayani Suami Dalam Segala Hal, Bukan Sebaliknya

 OLEH: Abu Aqif


Nabi ﷺ menunjukkan contoh bahawa suami yang baik akan membantu isteri melakukan kerja di rumah. Ini diakui sendiri oleh isteri baginda, ibunda kita Aisyah رضي الله عنها,


كَانَ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ

"Rasulullah ﷺ dalam kesibukan membantu isterinya, dan jika tiba waktu solat maka baginda pun pergi solat" [HR. Bukhari].


Di dalam hadis lain Aisyah رضي الله عنها menceritakan,


عن عروة قال قُلْتُ لِعَائِشَةَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِيْنَ أي شَيْءٌ كَانَ يَصْنَعُ رَسُوْلُ اللهِ  صلى الله عليه وسلم  إِذَا كَانَ عِنْدَكِ قَالَتْ مَا يَفْعَلُ أَحَدُكُمْ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ يَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيُخِيْطُ ثَوْبَهُ وَيَرْفَعُ دَلْوَهُ

Urwah bertanya kepada Aisyah, "Wahai Ummul Mukminin, apakah yang dikerjakan oleh Rasulullah ﷺ jika baginda bersamamu (di rumahmu)?"

Aisyah menjawab, "Baginda melakukan (seperti) apa yang dilakukan oleh salah seorang dari kalian jika sedang membantu isterinya, baginda membaiki alas kakinya, menjahit bajunya, dan mengangkat air di bekas air." [HR. Ibnu Hibban].


Namun tugas-tugas tersebut bukanlah tugas hakiki si suami. Ia adalah kewajipan si isteri terhadap suaminya. Kewajipan yang mulia yang bakal membawanya ke syurga.

Suami adalah pemimpin kepada isteri dan keluarganya. Mustahil tugasan rumah menjadi tugas hakiki bagi suami.


Firman Allah, "Dan lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita." [QS. An Nisa 4:34]


Ibnul Qayyim رحمه الله berdalil dengan ayat di atas, jika suami menjadi pelayan bagi isterinya, dalam memasak, mencuci, mengurus rumah dan lain-lain, maka itu termasuk PERBUATAN MUNGKAR.

Kerana bererti dengan demikian si suami tidak lagi menjadi PEMIMPIN. Kerana tugas-tugas isteri dalam melayani suamilah, Allah mewajibkan para suami untuk menafkahi isteri dengan memberinya makan, pakaian dan tempat tinggal. [Lihat Zaad Al-Ma'aad 5/188-199 via Tanbihat, hal. 95, Dr Soleh Al Fauzan].


Kredit: muslim.or.id



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments