Murjiah Membenci Perkataan 'Insyaallah'

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Murji’ah sesat mengatakan wajib mengatakan 

“saya mukmin haqqan” (saya benar-benar beriman) dan melabel Ahl al-Sunnah yang mengharuskan istithna’ (in shallah) sebagai shakkakah (golongan yang ragu). 

Yakni Murji'ah sesat meyakini iman mereka sempurna, amal Salih mereka diterima, dosa-dosa mereka diampunkan dan mereka dijamin syurga serta dijamin selamat dari Api Neraka. 

Di sini kesesatan Murji'ah. 

Abu Hatim al-Razi dan Abu Zur’ah al-Razi berkata, 

“Sesiapa yang ditanya ‘adakah kamu mu’min?’ hendaklah ia menjawab ‘amantu billah’ (saya beriman kepada ALLAH). Sesiapa yang berkata ‘saya mu’min haqqan’ maka ia telah melakukan bid’ah.” 

Kullabiyyah mewajibkan istithna’ (in shaLLAh) dalam iman. Ahl al-Sunnah memandang istithna’ sebagai sunnah yang harus.

Ada manusia yang dinasskan sebagai ahli syurga seperti sahabat-sahabat Nabi. Kita beriman dan mengakuinya.

Mereka itu ialah; 

Sepuluh orang sahabat terbaik, 313 ahli badr, ahli uhud, 1400-1500 ahli bay’at ridwan, Khadijah, ‘Aishah, Fatimah, Hasan, Husayn, Bilal, Rumaysa’ isteri Abu Talhah, Zayd ibn Harithah, Hatib ibn Abi Balta’ah, Sa’d ibn Mu’adh, Thabit Qays Shammas, Harithah ibn Suraqah, Harithah ibn al-Nu’man, ‘Abdullah ibn Salam, Umm Sulaym bint Milhan, ‘Ukkashah ibn Mihson, Ibn Mas’ud, perempuan hitam yang membersihkan masjid, a’rabi yang berjanji melakukan semua yang fardhu, 

Antara yang disebutkan secara jelas dan pasti menjadi ahli neraka ialah Firaun, Haman, Qarun, Ubay ibn Khalaf, Umayyah ibn Khalaf, Abu Lahab ‘Abdul ‘Uzza ibn ‘Abd al-Muttalib, isterinya hammalat al-hatab Ummu Jamil Arwa bint Harb ibn Umayyah, ‘Abdu Manaf dan ‘Amr ibn ‘Amir ibn Luhai al-Khuza’ei iaitu manusia terawal mengubah agama Ibrahim, menyembah berhala dan mencipta ibadat tasyib sawa’ib (nazar binatang untuk berhala lalu tidak ditunggang sesiapa iaitu dibiar bebas). 

Nabi saw bersabda, 

رَأَيْتُ عَمْرَو بْنَ عَامِرِ بْنِ لُحَيٍّ الْخُزَاعِيَّ يَجُرُّ قُصْبَهُ فِي النَّارِ وَكَانَ أَوَّلَ مَنْ سَيَّبَ السَّوَائِبَ

“Saya lihat ‘Amr ibn ‘Amir ibn Luhai al-Khuza’ei menarik ususnya dalam Api Neraka. Dia orang yang pertama mencipta ibadat tasyib sawa’ib.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

.

Ini menunjukkan melakukan syirik dan mencipta ibadat yang tidak diizinkan Allah adalah syirik akbar dan kufr riddah, tidak diterima alasan jahil.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments