OLEH: Ustaz Idris Sulaiman
Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang:
1. Hafal dan faham;
2. Faham tanpa hafal; dan
3. Hafal tanpa faham.
Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas.
Firman Allah ﷻ:
“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan kamu.”
[Al-Quran, al-Mujadalah, 58:11]
CATATAN:
Ilmu Agama ialah apa yang berteraskan kepada Al-Quran dan hadis sahih serta kefahaman para Sahabat Nabi ﷺ.
Bukan ilmu yang berteraskan kepada mimpi, kepercayaan khurafat, hadis-hadis lemah dan palsu serta amalan-amalan tokok tambah dalam Agama.
[Gerakan PENA Malaysia]
Comments
Post a Comment