OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Mohon para sahabat yang mendakwa beraliran salaf tetapi bermudah-mudah menghukum kufur kepada seseorang atas perkara yang tidak "qatie" berlepas diri daripada membawa kalam-kalam masyaikh yang kalian dakwa kan.
Masyaikh tidak seperti kalian yang mana terlalu cepat menghukum kufur kepada seseorang.
Bahkan isu kufur bukanlah isu mainan. Ia isu yang amat berat. Jikalau kalian anggap ia isu mainan, ingatlah malaikat yang mencatat amalan di kiri kanan tidak lupa dan tidak alpa.
Allahul mustaan.
Semata-mata isu bumi sfera atau datar, begitu mudah menjatuhkan hukum kufur kepada seseorang.
Hakikatnya ciri Khawarij sebeginilah. Begitu risau urusan picisan ibarat urusan darah nyamuk didalam ibadah lantaran takutkan ibadah tidak diterima. Tetapi dalam masa yang sama mudah menghukum kufur atau membunuh muslim yang berbeza pandangan dengannya.
Allahul mustaan.
Tidaklah mengatakan mereka ini Khawarij kerana urusan label Khawarij itu adalah urusan pihak pemerintah. Cuma risaukan ciri-ciri Khawarij tersebut seperti bermudah-mudahan dalam isu kufur, dalam berbeza pendapat pada isu ranting.
Bagi yang ingin berdebat isu bumi, terpulang pada mereka. Debatlah dengan penuh adab dan ilmiah bukan bermudah menghukum kufur kepada yang tidak sebulu dan sependapat.

Comments
Post a Comment