Ibadah Mesti Ada Dalil

 OLEH: Abu Aqif


Kaedah fiqh menyebutkan,

الأصل في العبادات التحريم

"Hukum asal ibadah adalah haram (sehingga adanya dalil)."


Kaedah fiqh ini dikeluarkan dari sejumlah dalil-dalil yang lain seperti;


Ulama Syafie berkata,

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

"Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sehingga adanya dalil)." [Oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 5: 43].


Ibnu Hajar رحمه الله‎‎ berkata,

أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف

"Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)" [Fathul Bari, 2: 80].


Ibnu Daqiq Al 'Ied, salah seorang ulama besar Syafie berkata,

لِأَنَّ الْغَالِبَ عَلَى الْعِبَادَاتِ التَّعَبُّدُ ، وَمَأْخَذُهَا التَّوْقِيفُ

"Umumnya ibadah adalah ta'abbud (beribadah pada Allah). Dan penanda arasnya adalah dengan melihat dalil". [Kitab Ihkamul Ahkam Syarh ‘Umdatil Ahkam].


Dalam buku ulama bermazhab Syafie yang lain disebutkan,

الأصل في العبادات التوقيف

"Hukum asal ibadah adalah tawqif (menunggu sampai adanya dalil)." [kitab Ghoyatul Bayan Syarh Zubd Ibnu Ruslan].


Ibnu Muflih berkata,

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ

"Sesungguhnya amal diniyah (amal ibadah) tidak boleh dijadikan sebagai sebab kecuali jika telah disyariatkan kerana ukuran ibadah boleh dilakukan sehingga adanya dalil." [Al Adabu Asy Syar’iyah].


Kesimpulannya dalam bahasa mudahnya adalah sesuatu ibadah itu adalah haram dilaksanakan, melainkan jika ada dalil yang menghalalkannya.

Jika mahu melakukan sesuatu ibadah, pastikan ada dalil yang membenarkan. Jika tidak ada dalil, tinggalkanlah ibadah tersebut, fokus kepada ibadah lain yang telah jelas dalilnya.


الله أعلم



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments