Jangan Bazirkan Sedekahmu.

OLEH: Shahrul Aiman.

Jangan Bazirkan Sedekahmu.

Saya terfikir satu masalah yang pernah berlaku apabila tiba "musim sedekah". Iaitu lambakan barangan sehingga berlakunya pembaziran. Perkara ini bukanlah tidak disedari oleh ramai orang, tetapi yang menjadi isu juga adalah apakah medium penyelesaian bagi masalah ini.

Akhirnya saya mendapat beberapa jalan penyelesaian melalui beberapa gambaran yang telah saya gambarkan.

Antara perkara yang boleh dielakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran adalah :

1. Kita turun sendiri mengagihkan bantuan/sedekah kita kepada mereka yang kita sasarkan. Dimana kita sendiri boleh menganalisa apakah keperluan mereka sudah mencukupi, kemudian kita cari lagi kekurangan yang perlu ditampal.

2. Bersedekah di masjid. 

Saya agak hairan, mengapakah masjid tidak menyediakan fasiliti yang baik bagi pengunjungnya, khususnya ketika mana ada kaum muslimin yang beri'tikaf didalamnya. Ada cerita yang saya baca, ketika dia sedang menggunakan kipas di masjid, lantas ada yang menutupnya, atas alasan yang tidak diketahui. Boleh jadi nak bercermat? Entahlah.

Berbalik kepada penceritaan asal, sedekah di masjid juga adalah suatu jalan infaq yang terbuka luas kerana ia memainkan peranan penting dalam keselsaan jemaah di dalamnya, apatahlagi bila tibanya bulan ramadhan.

3. Bersedekah melalui pertubuhan bukan kerajaan.

Ini merupakan antara cara yang komprehensif dalam anda menyalurkan sedekah. Ada beberapa NGO yang berpengalaman dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengagihkan sedekah anda. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga "so called" NGO tetapi mempunyai kepentingan peribadi, maka anda seharusnya menyelidik terlebih dahulu mana-mana badan yang anda ingin wakilkan.

Bagi NGO yang sudah terbukti dipercayai, mereka mempunyai tenaga kerja yang baik, serta mempunyai data rangkaian kemanakah yang sepatutnya diagihkan sumbangan yang mereka dapat.

Pastikan juga pertubuhan tersebut dipelopori oleh kaum muslimin ya.

Akhir sekali saya menyeru kaum muslimin, supaya tidak "membazirkan sedekah" kita dengan perkara yang tidak diingini kerana perkara ini boleh dielakkan. Namun sekiranya kita sudah berusaha namun ia tetap berlaku, insyaAllah tetap ada ganjaran untuk kita selain untuk kita ambil pengajaran pada masa akan datang.



Comments