Pengakuan Jujur Asyairah : Mereka Tidak Tahu Di Mana Allah

 OLEH: Dr Idris Sulaiman




Sebelum ini selalu dengar orang-orang Asyairah berkata "Allah tidak bertempat", "Allah bukan di atas atau bawah, bukan di kanan atau kiri, bukan di depan atau belakang" dan "Allah wujud tanpa tempat."

Kenyataan sebegini tentu sahaja membingungkan kerana ia berbentuk penafian semata-mata, tidak menjawab secara tuntas persoalan di mana Allah.

Dalam sebuah hantaran baru-baru ini mereka berterus terang berkata bahawa "Manusia (golongan Asyairah) tidak tahu di mana Allah."

Maka terjawablah persoalan yang sekian lama berlegar-legar tanpa jawapan.

Pengakuan jujur Asyairah bahawa mereka tidak tahu di mana Allah.

Benarlah kenyataan seorang ulama apabila beliau menggambarkan keadaan para pengikut fahaman Asyairah:


هَؤُلاءِ قَوْمٌ أضَاعُوا رَبَّهُم

"Mereka adalah kaum yang tidak tahu di mana Tuhan mereka."


Hal ini tentu sahaja mendukacitakan kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

Kerana Allah ﷻ telah pun menjelaskan mengenai diriNya dalam firmanNya:


ٱلرَّحۡمَٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ

“Al-Rahman (Allah) beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Al-Quran, Taha, 20:5]


Dalam ayat lain, Allah ﷻ berfirman:

ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ

“Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Al-Quran, al-Sajdah, 32:4]


Dan Nabi ﷺ bersabda:

أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا ‌أَمِينُ ‌مَنْ ‌فِي ‌السَّمَاءِ.

“Tidaklah kalian percaya kepada aku sedangkan aku ialah orang kepercayaan Dia yang ada di atas langit?”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]


Di samping banyak dalil lain.

Justeru mereka yang berpegang teguh kepada fahaman Salaf al-Soleh menegaskan keberadaan Allah ﷻ di atas Arasy sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dan al-Sunah.

Ini sangat penting kerana ia merupakan asas iman kepada Allah ﷻ, tunjang akidah setiap Muslim.


[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan  KLIK DI SINI



Comments