Siapa Ālim (Ustaz) Ulamā'

 


OLEH : Ustaz Abid An-Nuriyy

Siapa Ālim (Ustaz) Ulamā'

عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من أخذ السبع الأول فهو حبر".
[حسن] - [رواه أحمد]
الشرح
أخبرت عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من حفظ وتعلم السور السبع التي في أول القرآن، وتسمى السبع الطوال، فهو عالم متبحر في العلم، ولا شك في ذلك؛ لأنها متنوعة المواضيع، ففيها الاعتقاد، والأخبار الكثيرة، والأحكام، كالصلاة والاعتكاف والزكاة والصيام والحج والجهاد والمداينات والبيوع والنكاح والطلاق والفرائض والوصايا، وغير ذلك من أبواب الدين

Daripada Aisyah, bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menghafal tujuh surah pertama, maka dia adalah seorang ulama."
[Hasan] - [Riwayat Ahmad]

Penjelasan:
Aisyah رضي الله عنها memberitahu bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang menghafal dan mempelajari tujuh surah yang terdapat di awal Al-Qur'an, yang dikenali sebagai "Tujuh Surah Panjang", maka dia adalah seorang yang mendalam ilmunya, dan tidak ada keraguan mengenainya.

Ini kerana surah-surah tersebut mengandungi pelbagai topik, termasuk aqidah, berita-berita yang banyak, dan hukum-hukum seperti solat, iktikaf, zakat, puasa, haji, jihad, transaksi hutang-piutang, jual beli, perkahwinan, perceraian, pembahagian harta pusaka, wasiat, dan lain-lain aspek dalam agama.

Maksud أخذ (mengambil) ialah sentiasa membacanya, menghafaznya, mentadabbur nya sehingga faham makna-maknanya, mengamalkannya.

Ustaz memanglah ramai. Tetapi kita ingin yang lebih dekat kepada syarat2 yang diletakkan oleh ulama salaf. Aqidah mesti salaf, solat jamaah dijaga, al-Qur'an Hadīth diagungkan, warak.

Comments