OLEH : Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
Sekiranya selepas Ramadan ini kita masih melakukan puasa sunat, berterusan membaca Al-Qurān, melakukan qiyamullail, mendirikan solat secara berjemaah, bergembiralah bahawa yang demikian itu merupakan sebahagian petanda amalan kita diterima.
Kata Al-Hāfiz Ibnu Rajab Al-Hanbali رحمه الله (w. 597 h) :
أنّ معاودة الصّيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان؛ فإنّ الله تعالى إذا تقبّل عمل عبد وفّقه لعمل صالح بعده
Kemudian Ibnu Rajab kongsikan pendapat para ulama yang menyebut :
ثواب الحسنة الحسنة بعدها، فمن عمل حسنة ثم أتبعها بحسنة بعدها، كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى
Terjemahan : Ganjaran bagi kebaikan adalah kebaikan yang dilakukan sesudahnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, kemudian dia susuli dengan pelaksanaan kebaikan sesudahnya, maka yang demikian itu merupakan petanda diterimanya kebaikan yang pertama.
كما أنّ من عمل حسنة، ثم أتبعها بسيئة، كان ذلك علامة ردّ الحسنة وعدم قبولها
Terjemahan : Sebagaimana mereka yang mengamalkan kebaikan, kemudian dia menyusulinya dengan amalan kejahatan, maka yang demikian itu merupakan petanda ditolaknya kebaikan yang dilakukan serta petanda tidak diterimanya ia di sisi Tuhan.
Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibnu Rajab Al-Hanbali (Halaman 388)
نسأل الله العفو والعافية ، ومعاودة الحسنة بعد الحسنة

Comments
Post a Comment