5 SALAH FAHAM TENTANG FIDYAH

 


1. Lepas Bayar Fidyah, Takyah Qada Puasa.
• Bagi yang fidyah kerana lewat qada puasa tanpa uzur, maka lepas bayar fidyah tetap kena qada.

2. Kalau Puasa Yang Sama Tak Qada Dah Dua Tahun, Fidyah Berganda.
• Fidyah tetap kena bayar tapi tiada gandaan.

3. Kalau Orang Sakit Memang Boleh Fidyah
• Tidak. Fidyah hanya utk org sakit yg tak mampu berpuasa dan tiada harapan utk sembuh atau puasa. Jika dia sakit dan sementara sahaja tak boleh berpuasa, maka perlu ganti puasa dan bukan fidyah.

4. Fidyah Boleh Ganti Dengan Sedekah
• Tak boleh. Fidyah perlu niat fidyah. Yang dah niat sedekah, maka ia sedekah.

5. Kalau Miskin, Tak Perlu Fidyah
• Miskin, tidak menggugurkan kewajipan fidyah.

Kepada yang belum jalankan fidyah yang lepas dan nak buat fidyah, boleh PM saya. Insyaallah saya bantu. Wallahualam

Taufiq Tuah
05.03.26 | 15.09.47


Comments