7 SALAH FAHAM TENTANG ZAKAT

 


1. Hanya Zakat Fitrah Yang Wajib
• Sebenarnya semua zakat wajib jika sampai haul dan nisab. Jika sampai kiraannya. Kalau nak tau anda dah wajib ke belum tapi tak reti kira, boleh PM nanti saya tolong free. Khidmat Ramadan.

2. Zakat Fitrah Boleh Diberi Kepada Semua Asnaf
• Pandangan yang kuat mengatakan hanya asnaf Fakir Miskin sahaja boleh menerima Zakat Fitrah. Kepada 6 asnaf lain tu semua boleh menerima zakat selain zakat fitrah.

3. Zakat Wajib Ada Resit Dan Salam
• Zakat tidak wajib ada sesi bersalam dan resit. Itu hanyalah SOP majlis agama supaya jadi bukti zahir berlakunya zakat.

4. Zakat Hanya Bayar Bulan Ramadan
• Zakat Fitrah sahaja wajib bulan Ramadan. Zakat lain, tidak ada bulan khusus wajibnya.

5. Dah Bayar Cukai, Tak Perlu Zakat
• Zakat wajib walaupun dah cukai sejuta sekalipun.

6. Zakat Itu Pilihan
• Zakat tu wajib. Rukun Islam ada Zakat. Yang pilihan tu sedekah. Itupun sedekah sangat dituntut.

7. Kalau Berhutang, Takyah Bayar Zakat
• Tak semua hutang menggugurkan zakat. Malah hutang zaman ini kebanyakannya tak menggugurkanpun zakat.

Wallahualam

Taufiq Tuah
28.02.26 | 10.09.47


Comments