AL-QURAN SOKONG KAHWIN SEJANTINA?

 



Bulan mulia ni viral pula demostrasi dari kumpulan² sumbang ini mengangkat sepanduk tertera Surah Ar-Rum ayat 21.

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu kasih sayang dan rahmat.”

Digarisnya perkataan "dari jenis kamu sendiri" dgn membawa naratif, owh sejenis/sejantina sbnrnya boleh.

Saya sedar menjelaskan hal ni sebenarnya mcm kena jelaskan kpd kanak², basic agama. Dan saya sedar saya bnyk sgt lyn kes² mcm ni. Kes yg tak mau solat, tak mau puasa and so on kononnya depa ada hujahnya dari Quran.

Tapi saya layankan dn jelaskan juga. Kes² mcm ni mmg mcm isu intelektual rendah. Entah mcm mna ada jg org terikut. Tp saya harap ats penjelasan saya, kalau pn tak on the spot mereka berubah, saya harap mereka akn berubah jg ketika mereka renungi. Pastinya doa saya kpd pembaca² ini agar sentiasa diberikan taufiq dan hidayah, dan dikekalkan taufiq dan hidayah itu hingga ke jannah.

Kembali kpd ayat Quran tadi jelas "dari jenis kamu sendiri" bukanlah merujuk kpd jantina, sebaliknya merujuk kpd manusia. Manusia, mesti kahwin dgn manusia. Hal ini akhirnya menolak dakwaan kononnya ada org boleh kahwin dgn Jin atau Bunian atau apa saja makhluk lain selain manusia.

Juga telah menolak bagaimana org² Jepun yg kahwin dgn Waifu Anime, periuk nasi, AI dan lain². Allah tahu manusia ni akan ada perangai pelik² jd Allah dh bgtau, kita ni mesti kahwin dgn yg sejenis manusia juga. Bkn dgn jin, perkakas dapur, duyung atau kambing.

Malah utk kahwin sejantina ini bnyk dalil menegahnya. Terutamanya apabila Allah menyebut ttg kaum Nabi Lut yg laki² sumbang itu,

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memenuhi syahwat, bukan kepada wanita. Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.” - Surah Al-Araf: 81

“Patutkah kamu mendatangi lelaki kerana syahwat bukan kepada wanita?” - Surah AnNaml : 55

“Mengapa kamu mendatangi lelaki di antara manusia,
dan kamu meninggalkan pasangan yang Tuhan kamu ciptakan untuk kamu?” - Surah Ash-Shuara: 165-166

“Sesiapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Lut, maka bunuhlah pelaku dan yang dilakukan.” - HR Abu Daud

Saya rasa dalil² ni yg sepatutnya disepandukkan dan dihayati. Semoga Allah kembalikan mereka ke jln yg benar. Allahuma ammen.

Taufiq Tuah
11.03.26 | 21.09.47


Comments