AZANNYA HINDUSTAN, BACAAN SOLATNYA DANGDUT

 


Musibah trend di sosmed hari ni ialah apabila orang mula kongsi laungan azan dengan melodi lagu hindustan, malah nasyid. Juga bacaan solat, Al-Fatihah dgn irama dangdut.

Ini musibah. Tidak lain tidak bukan datang setelah dihalalkan muzik. Orang anggap azan kan kena sedap, maka bebaslah apa rupa sekalipun. Begitulah jahilnya masyarakat dan netizen yang banyak komen dan suka trend² ini.

1. Paling utama dalam membaca Azan atau Quran ialah tajwid dan juga melafazkan huruf2 itu dengan betul. Jika hak² huruf itu tidak dilafazkan dengan betul, apakah bacaan itu benar? Jelas sekali tidak.

2. Bacaan yg paling baik ialah bacaan yang iramanya sesuai dengan makna. Cth ada imam baca surah al-Massad tapi mendayu betul. Sedangkan makna pada surah itu sangat tegas malah sebuah surah cercaan utk Abu Lahab. Maka jelas iramanya mendayu tak sesuai dgn makna.

3. Saya mmg suka dgr bacaan imam² di Mekah dan Madinah yg mana mereka baca tak 'over do' lenggok apa² malah memahami apa yg dibaca. Saya kira kalau kita jadikan mereka sebagai contoh cara baca juga sangat baik.

4. Melagukan Al-Quran dan Azan dengan lagu² ini sangat² ditegah. Kononnya "apa salahnya inikan irama syair qasidah". Sedangkan ini telah melanggar adab dengan ayat suci itu. Apatah lagi mula² irama qasidah kononnya takpe. Esok orang² pun dtg berhujah "apa salahnya baca Quran nada hiphop dan balada?". Sungguh mereka telah melampaui batas melagukan Azan.

5. Ada yg kata boleh selagi irama lagu itu tak menjejaskan tajwid. Tapi, kedudukan Al-Quran dan azan itu adakah memang boleh setara dgn lagu² yg kamu dengar? Di mana kita letakkan kedudukan kalam Allah ini? Tergamak kah kita membacanya dengan nada lagu Raihan sekalipun? Inikan pula dangdut.

6. Namun pastinya ketika mereka mengejar-ngejar lagu, maka mereka tidak dpt menjaga makhraj dan tajwid bacaan itu. Azan itu paling tinggi harkatnya mungkin 6 atau tujuh. Tapi kerana lagu yg cuba dibawa, entah berapa belas harkat telah dialunkan.

7. Adapun dalil,
"Bukan dari kalangan kami sesiapa yang tidak melagukan bacaan al-Quran".
Riwayat Abu Dawud (1471)

Imam Al-Nawawi Rahimahullah menukilkan bahawa majoriti para fuqaha berpendapat: Tidak melagukan al-Quran itu bermakna, tidak memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. Bukan pasal irama, tapi suara.

8. Di sana adanya dalil,
“Aku takut atas kamu sekelian akan enam perkara iaitu ..... orang muda mengambil Al-Quran sebagai lagu nyanyian....” (HR Imam Ahmad & At-Tabarani)

Kesimpulan: Sila lenggokkan bacaan Quran dengan sedap dan adab. Namun janganlah melampaui batas dan adab.
Wallahualam

Taufiq Tuah
12.03.26 | 22.09.47


Comments