BERKAWAN DENGAN LELAKI LEMBUT

 



Dulu zaman sekolah, aku ada kawan laki yang lembut. Lembut ni bukan sebab kulit dia lembut bak bayi. Tapi memang sifatnya. Jenis berjalan, entah mcm mana lengannya akn terangkat mcm ada handbag invisible tergantung kt situ.

Kalau bercakap, suaranya tak garau. Masa dia marah pun, tak garau. Dia suka benda bling² dengan pink. Tapi, dia tak pondan. Dia akui di lelaki dan dia tak pakai mcm wanita.

Entah mcm mana, keliling yg berkawan dgn dia mmg perempuan. Lagi risau, ada perempuan bertepuk tampar dengan dia mcm dorang ni sama jantina pula. So, aku ada kawan mcm ni dlu.

Memang kwn² laki lain buat dia jd bahan ejek je. Takde ajak lepak ke, takde berkawan seperti biasanya brotherhood berkawan. Aku tgk. Aku kesian lah juga. Dh klau laki taknak kawan dia, hanyut lah dia nanti.

Jadi aku kawan la dgn dia. Ajak makan, sembang. As per dia kata, mmg dari lahir dia dah mcm tu. So aku kesian dlm hati je lah. Cumanya aku ajak lah dia 'lepak' dgn aku.

So aku start, jumpa kt surau. Masa dekat azan, aku bagi dia mic. Suruh dia azan. Mula² mmg dia taknak. Kononnya tak tahu. Mungkin malu nk azan dekat mic imam. Takpelah, azan dekat dlm bilik PA system je.

Mula dari tu aku lihat, hari demi hari dia sendiri nak azan. Even azan Subuh juga. Ada waktu, saya sengaja tolaknya jadi imam. "Alah bukan ada baca surah kuat² pun (Zohor)". Lambat laun, dia sendiri nak kedepan untuk imamkan maghrib dan isya.

Kalau ada pertandingan khutbah, imam muda atau azan, alhamdulillah dia juga ada. Apa jadi lepastu? Dia tetap lembut, tapi dia cuba untuk lebih jadi lelaki. Tak, aku tak ejek dia. Aku tak kata, "kau kene lah jadi keras sikit blablabla". Tak. Tapi klau ada aku nasihat, aku cuma sebut ttg tanggungjawab lelaki.

Bukannya aku nak suruh dia jd katang gi gym. Cukup dia tahu lelaki ni ada haibah dia. Kalau seruan jihad terlaung, bukankah lelaki yg kena kehadapn? Jd kita yg di hadapan, pastikan musuh gentar pd kita.

Kali terakhir jumpa dia, aku kagum lah. Jauh juga beza. Dah tak mekap gi kelas. Dah tak mkn semeja dgn perempuan (fahamkn ikhtilat). Ada je voluntere jadi imam. Malah dia jelas dia lelaki.

Lepastu lost contact. Aku belajar di tmpt lain, ada jg beberapa kawan lelaki lembut. Tgk muka mmg ganaih. Rupanya bersifat lembut. Yg mana boleh bt kawan, aku kawan je. Insyaallah dgn harapan, mereka akan ttp jadi lelaki.

Bukan jd mangsa ejekan. Mangsa diperendahkan, dibuli. Ajak mereka kpd fitrah lelaki. Insyaallah. Kerana org seperti inilah yg jiwanya 50/50. Selalu jd mangsa dakyah maknyah. Nauzubillah

Taufiq Tuah
16.03.26 | 24.09.47


Comments