Macam² trend lah muncul Ramadan ni. Ada character swap lah siang rider malam imam. Sekalian isteri pula dok masak menu² KA. Jadi tak jadi tu lain cerita. Ada trend kt bazar pula, jual Quesillo. Bnyk trend ni.
Tp saya igt nak set-up trend juga. Harap dpt sokongan dan perkongsian semua. Trend bagi duit raya awal. Maksudnya mcm mana?
Saya mencadangkan utk kita bg duit raya lebih awal. Which is sebelum satu Syawal, dalam Ramadan. Kenapa? For obvious reason kerana pahala sedekah dalam bulan Ramadan yang lebih besar.
Jadi kita awalkan pemberian duit raya. Mungkin kalau yg jauh tu, minta je lh QR code pass kat mak atau ayah mereka. Tp kita beri tu sendiri pd bulan Ramadan.
“Rasulullah ﷺ adalah manusia yang paling pemurah. Dan Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya.” [Muttafaqun alaih]
PERKARA BERBANGKIT:
Ehhh nanti tak meriah lah hari raya. Tapi sebenarnya meriah je. Mungkin juga, duit raya pada syawal tu, bagi je lah lagi. Haa kan lagi meriah. Kalau mungkin dah habis modal bagi masa Ramadan tu, masa Syawal tu bagi lah RM1 je ke buat meriah² siap sampul.
Kalau mampu nk bg lebih, bagi je lah. Sedekah ni memang digalakkan je. Cuma idea meng-awalkan bgi duit raya tu, hanya dgn hajat kita tidak terlepas dari sedekah bulan Ramadan.
Bayangkan berapa ramai yang kita asingkan duit raya pada bln Ramadan, tp pahalanya tu semua dikira seperti bulan biasa. Mungkin ada yg 10 anak buah. Sorang mungkin dapat RM50. RM50 x 10 dah RM500.
RM500 tu kalau kita invest dalam sedekah bulan biasa, boleh profit sampai 700 kali ganda. Banyakkan? Bayangkan kita invest dalam sedekah bulan Ramadan. Pastilah profitnya berlipat kali ganda lagi.
Itu saja trend yang saya cuba bawakan. Tak pasti penerimaan. Apa pandangan anda?
Taufiq Tuah
10.03.26 | 20.09.47
Comments
Post a Comment