HACK MODE: NAK DAPAT PAHALA SOLAT SEPANJANG MALAM RAMADHAN

 



Ramadan ni kalau kita buat pahala, pahala dia akan berganda. Jadi biasanya kita memang giatkan amal pada bulan Ramadan. Korang nk tak pahala solat sepanjang malam bulan Ramadhan, tapi sebenarnya kau solat sejam lebih je? HACK MODE!

Ada hadith sahih,
“Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”. [Riwayat al-Tirmizi]

Jadi 3 simple steps.
1. Solat di masjid.
2. Berjemaah bersama imam sehingga solat terakhir.
3. Habis solat terakhir baru balik.

Jadi habiskan dengan imam even dengan witir tu sekali. Jangan kata nak witir kt rumah, sbb nnt tak dapatlah pahala solat sepanjang mlm.

SOALAN: Kalau imam buat 11 rakaat je bukan 20 rakaat. Dapat pahala sama ke?
Jawapan: YA!

SOALAN: Kalau saya pandangan terawih 11 rakaat termasuk witir. Bagi saya 20 rakaat tu tu tepat. Adakah saya kena juga habiskan 20 rakaat dengan imam atau saya buat 8 sahaja lepastu tunggu imam balik pun boleh?
Jawapan: Kalau dah ke masjid 20 rakaat, maka perlu solat 20 rakaat bersama imam. Baru dapat pahala di atas.

Faedah daurah 80 Hadis Puasa Ramadan, Dr Idris Sulaiman

Taufiq Tuah
19.02.26 | 01.09.47

Comments