HARAM UPAH ORANG SEMBELIH KORBAN JIKA....


Jika apa? Jika kita upahkan dengan daging korban itu sendiri. Saya rasa maknanya jelas, tapi saya yakin ada yg tak dapat bayangkan. Sebelum saya bagi jelas, saya bagi dalil dulu.

Kenapa tak boleh bagi upah sembelih dengan daging korban itu sendiri? Kerana dalil,

Daripada Saidina Ali b Abi Talib RA,
"Rasulullah ﷺ memerintahkan aku untuk mengurus unta-unta korbannya... dan agar aku tidak memberikan kepada penyembelih sedikit pun daripadanya (sebagai upah). Baginda bersabda: ‘Kami akan memberinya daripada harta kami sendiri.’” [Muttafaqunalaih]

Jelas Rasulullah tak bagi daging sebagai upah tapi memberi harta atau dalam konteks moden, duit. Jadi saya cuba fahamkan dengan senario di bawah.

Peserta Korban, "Thalhah, tolong sembelihkan lembu korban aku ya. Nanti aku bagi lah kau dua plastik daging".
[HARAM kerana tak boleh upah sembelih dengan daging korban]

Thalhah menjawab, "Eh takyah lah daging tu. Aku boleh tolong tapi syaratnya aku nak bahagian kepala dia".
[HARAM kerana difahami 'syarat' bahagian kepala lembu korban itu sebagai upah]

Peserta Korban membalas, " Eh lupa pula mana boleh. Haram lah. Takpe aku upah kau 50 ringget, tolong lapah aku tambah lagi 50 ringget. Total nanti aku bagi lah 300 ringget. Lebih tu duit raya"
[HARUS. Kerana upah berupa duit dan bukan bahagian dari daging korban]

Thalhah berkata, "Eh takyah lah bagi duit. Aku ada hutang kau haritu RM300. Kira tolak hutang je lah. Boleh?"
[HARUS kerana melangsai hutang sebagai upah dibenarkan]

Peserta Korban menjawab, "Ha boleh juga. Nak tunggu kau bayar sebulan 20 sen, lima kali gerhana pun tak setle nanti hutang tu. Tapi nanti ambil lah sekali seplastik daging tu ya alang-alang. Bawa lebih bagi jiran kamu si Kiman tu juga".
[HARUS kerana pemberian daging ketika itu tidak diniatkan sebagai upah. Sebaliknya sebagai agihan].

Saya jarang tulis style macam ni. Pembaca semua okay dan faham ke dengan kaedah huraian dialog macam ni? Minta sgt feedback semua ya. Wabillahitaufiq

Taufiq Tuah
21.05.26 | 04.12.47


Comments