HIKMAH KELENGKAPAN PERANG NABI

 


Kita kembali dengan penulisan sirah. Masa Perang Badar, sebenarnya Allah dah janjikan pun kemenangan sebelum bertempur lagi. Sehingga turun ayat

“...(Ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu daripada dua golongan bahawa ia akan menjadi milik kamu…”
[Surah al-Anfal :7]

Maknanya, ketika nak perang tu sepatut nabi dan para sahabat relax la kan? Sebab Allah memang dah janji, para sahabat melenggang pun boleh je menang. Kan?

Tapi adakah mereka melenggang? TAK!
Tentera Islam ketika itu walaupun sederhana, tapi dipersiapkan kelengkapan semampunya. Ada lah dalam 2 ekor kuda je dari tentera Muslim yang untuk perang. Puluhan unta pun ada tapi ditunggang berganti-ganti.

Panah, tombak, perisai dan pedang pun semua dipersiapkan. Baju perisai ada pun sangat sikit. Tapi dalam keadaan serba sedikit ini sebenarnya itulah yang paling ada ketika itu.

Kenapa preparation ni perlu sangat padahal Allah dah janji menang? Pastinya hikmah dari hal ini ialah nabi dan para sahabat tak pernah malas berusaha. Tiada alasan untuk tidak berusaha, walaupun dah ada jaminan kemenangan.

Perang² selepas itu, nabi dan para sahabat semakin lama semakin lengkap dengan keperluan perang. Para sahabat yang mencari syahid, tapi tetap memakai helmet perang dan baju perisai. Pedang diasah baik, tunggangan digagahkan. Sampai kalau perlu strategi menggali parit pun, mereka tetap gali.

Hikmahnya,
1. Jelas usaha itu penting walaupun ada jaminan mendapat tujuan itu. Bukan mudah-mudah mengharapkan takdir "kalau takdir kaya, kaya juga" lalu dia tak bekerja atau malas bekerja. Malah dengan tak berusaha itu sebenarnya ialah ikhtiar menuju kegagalan sendiri.

2. Sama juga dengan soalan kalau memang dah takdir nama seseorang itu di Neraka. Buat baik macam mana pun tetaplah ke neraka, so takyah lah buat baik. Persoalan untuk org seperti ini, kau memang dah tahu ke nama kau di neraka? Kalau tak tahu, kenapa berusaha sangat nak ke neraka dengan meninggalkan amal soleh?

Tengok ciri-ciri nabi dan para sahabat tadi, dah ada jaminan pun, tetap berusaha. Kita yg takde jaminan ni?

3. Usaha tak mengkhianati kita. Gagal kerana usaha ialah pelajaran. Gagal kerana tidak berusaha ialah kemalasan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالْكَسَلِ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan.”

Taufiq Tuah
08.05.26 | 20.11.47


Comments