Di Malaysia memang isu ni selalu lah dibincangkan dalam qariah. Akan ada anak-anak yang lari sana sini, main dan ganggu solat dan ibadah. Qariah² ini pula berbeza-beza cara menguruskannya.
Ada yang letak pakcik garang untuk tugasnya marah². Kadang budak baik pun dimarah juga. Carried away punya pasal. Ada juga yang halau, "kalau datang nak main, baik kau keluar". Malah ada yang terus tak bagi masuk. Apa cadangan terbaik?
Saya tak pasti kalau cadangan saya yang terbaik. Tapi saya percaya boleh cuba di-impliment. Kalau anda ada cadangan lain boleh juga lontarkan di sini.
1. Setiap anak solat dengan ibu bapanya. Biasanya anak-anak lebih behave bila parents around. Jadi AJK masjid jangan halang anak yang nak solat dengan ayah mereka. Jangan tarik pergi saf kanak².
2. Lantik pengawas. Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memang ada yg pakai vest ni bertindak sebagai penjaga. Saya perasan beberapa masjid di KL pun dah ada. Tugas lebih umum iaitu amar makruf nahi munkar. Kadang tgk ramai yg pakai vest tapi stakat kluar masuk bilik azan je. Sila luaskan skop.
3. Pengawas ni lah (namakanlah apa² pun kalau taknak pengawas) yang akan pastikan saf rapat dan lurus. Ketika nampak sangat berderet saf tu kanak², pengawas ni kena selang seli kan dengan dewasa, atau tarik mana-mana anak ini masuk saf depan. Asingkan supaya tiada ruang bermain.
4. Adakan bilik khas untuk anak-anak bermain. Setidak-tidaknya mereka tak ganggu orang sedang beribadah.
5. Qariah perlu beritahu ibu bapa kepada anak² mereka yang mengganggu. Setidak-tidaknya, ibu bapanya mungkin ada langkah sendiri dalam mendidik anak mereka.
6. Adakan aktiviti kepada anak-anak ini lepas solat. Mereka bosan, jadi mereka main. Kita isikan dengan kelas mengaji ke atau minta tolong mereka buat kerja² hidang² ke kemas² ke. Mereka sebenarnya baik je nak tolong.
Saya kurang bersetuju dengan melarang anak-anak datang ke masjid. Malah tak setuju juga ketika mereka datang, pihak masjid tak ada inisiatif untuk tarbiah dan didik mereka dgn baik. Wallahualam
Taufiq Tuah
25.02.26 | 07.09.47
Comments
Post a Comment