KRITIKAN TERHADAP MALAYSIA MUSLIM FESTIVAL

 


Baru ni saya ke Malaysia Muslim Festival di WTC. Melihat pada namanya, saya fikir ini satu program yang grand dan akan memberikan banyak manfaat kepada pengunjung. Tapi...

Maaflah, saya memang nak komen juga tentang festival ini. Harap penganjur ambil maklum. Saya sampai saja di parking WTC, memang takda orang. Sunyi dan sayup je. Saya masuk sikit ke dalam dan naik tingkat atas, oh rupanya festival ini satu dewan sahaja dari WTC.

Dah claim 'festival', tapi sikit sangat boothnya. Saya tak rasa festival ini capai tujuan mengkehadapankan Islam itu. Saya nampak ada pengisian di stage, tetapi stage pun untuk orang datang yang sangat sikit.

Saya fikir apabila melibatkan Islam, maka ia akan lebih basis pada ilmu, peradaban, nilai murni, syariah. Tapi pada booth demi booth saya nampak kaitannya banyak yang kurang. Separuh daripada booth, saya tak nampak apa kaitannya dengan Islam.

Booth lebih banyak meniaga, jual servis berbanding mempamerkan kehebatan Islam itu sendiri. Atleast boleh je letak booth pamerah khat ke, atau seni ukir ke. Booth buku yang ada pun lebih kepada general. Ada beberapa je yang benar² buku genre Islam.

Saya difahamkan Muslim Festival ni disekalikan dengan Fragrance Festival. Tapi Fragrance Festival (booth² perfume) tu lebih memang berkali ganda lebih meriah berbanding booth² lain.

Pameran Islam yg saya nampak cumalah cengkerang yang kononnya rare sebab ada tertera 3 nama Allah padanya. Saya tengok lah cengkerang tu, tapi jujurnya tak nampak satupun kalimah Allah yang jelas. Yang ada cuma corak berombak sampak macam huruf lam dua bersambung sahaja.

Itu pun booth tu kata nak jual cengekerang tu dengan harga sejuta ringgit. Saya kira ini bukan sahaja tak membawa dengan baik budaya ilmu ke dalam festival, tetapi juga seperti menghina-hina intelektual Muslimin. Dah lah nak tengok cengekrang tu dengan kantanya kena bayar RM10.

Saya harap jika festival ini muncul lagi, banyakkan lah pembaharuan. Susun booth tu betul². Ajak vendor yg sesuai. Bukan tak boleh ajar peniaga, tapi susun lah dengan baik. Sistematikkan program dengan baik. Biar institusi² Islam semua yang datang saling bersaing menunjuk belang kehebatan masing².

Ini semalam saya jalan, 10 booth juga saya lalu kosong takde penghuni. Ada banner dengan meja je.

Apa pun alhamdulillah ada banyak juga kenalan baru dan prospek kerjasama dalam kebajikan jumpa semalam. Mereka yang bersedia bekerjasama dengan Yayasan Bushra .

Kepada yang ada datang juga, apa pandangan anda?

Taufiq Tuah
08.02.26 | 20.08.47


Comments