LELAKI MELUTUT KEPADA ISTERI?

 


Baru ni saya ada singgah di RnR. Sedang berjalan di kaki lima, ada seorang lelaki yang melutut di hadapan isterinya sedang isterinya duduk di bangku rehat.

Sambil sekilas jalan saya memandang keadaan itu. Saya ambil lirikan mata memandang pasangan ini. Rupanya lelaki ini menyarungkan kasut isterinya. Sebenarnya mereka berdua kelihatan sama umur. Sama tua. Mungkin 60+ atau 70+ umurnya.

Macam biasa menjadi tabiat saya untuk renungkan sejenak setiap perkara yang berlaku. Saya pun terfikir.

Ketika banyaknya perempuan yang dambakan lelaki romantik melutut pada mereka. Berharapkan jambakan bunga, cincin permata dengan kata-kata manis.

Makcik ini telah ada lelaki yang melutut padanya. Menjaga riasnya kerana sukarnya dia menunduk. Menemani hidupnya yang semakin suntuk. Tanpa kata-kata manis, yang manis itu kenangan.

Teringat juga saya ketika melihat asnaf di Yayasan Bushra . Si suami itu selalu ada teman isterinya ke dewan dan menjalani program² asnaf. Walaupun dia tahu biasanya tiada pun lelaki lain yang ada teman isteri walaupun hari cuti. Tapi dia ada menemani.

Hargailah suami anda. Walaupun suami anda tak sama macam lelaki-lelaki di kaca TV.

Taufiq Tuah
27.01.26 | 08.08.47


Comments