Antara sahabat saya ialah Azlan Abu Zinnirah yang akhir-akhir ini macam nak cari isteri ketiga. Masa saya takda kerja, dia beri saya peluang kerja dengannya secara sambilan. Masa tu dia ajak saya buat kolam talapia. Dia tahu saya pernah bela talapia dan undang kara sebelum ini.
Sembang punya sembang, dia ajak buat bersama dirumahnya. Saya pun setuju. Antara ayat dia yang saya ingat, "nanti kolam kita buat macam ni, macam ni dan macam ni. Dah tu cukup lah". Saya tanya, "Betul ke cukup? Takkan cukup kot. Nanti mesti nak lagi". Dia senyum dan faham malah setuju.
Sekarang kami masih jalankan kolam tanki di rumahnya. Namun saya tetap bekerja di Yayasan Bushra kerana ini lah juga nasihat Azlan kepada saya. Agar teruskan bekerja walaupun ada buat kolam bersamanya. Kolam masih belum first harvest lagi. Update kolam by time to time insyaallah akan up di SEPIT FARM .
Tapi kalau nak menyumbang kepada asnaf, boleh roger saya ya. Sedekah untuk ibadah mereka di bulan Ramadhan. Oke done buka dana.
Saya juga ada memuji sahabat saya, Abu Ubaidah, "dah berjaya dah ni (kerana perniagaannya)". Lalu dia jawab, "ehh mana de. Belum cukup lagi". Lalu saya perli, "Manusia kalau bagi segunung pun....". Abu faham walaupun saya tak habiskan kata-kata.
Mereka ni sebenarnya anak murid ustaz jadi memanglah faham tanpa saya explain. Apa yang saya maksudkan ini sebenarnya berkenaan hadith,
"Seandainya manusia diberi satu lembah penuh dengan emas, ia tentu ingin lagi yang kedua. Jika ia diberi yang kedua, ia ingin lagi yang ketiga. Tidak ada yang bisa menghalangi isi perutnya selain tanah. Dan Allah Maha Menerima taubat siapa saja yang mau bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6438).
Manusia memang tak pernah puas. Sentiasa inginkan lagi dan lagi. Orang kaya, akan teruskan mencari kekayaan. Dah memang itu sifatnya manusia. Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya ada sifat yang sama.
Jadi bukan lelaki sahaja tak cukup. Ini memang sifat manusia umumnya.
Disclaimer: Tak salah mencari harta yang banyak. Asalkan kita tidak bakhil dan lupa diri.
Apa? Ingatkan cerita poligami? Belum lagi. Nanti saya dah maulana saya buka cerita poligami. Ni saya maulena dulu.
Taufiq Tuah
03.02.26 | 15.08.47
Comments
Post a Comment