MANA LEBIH BAIK? MISKIN YANG SABAR ATAU KAYA YANG SYUKUR?

 



Korang miskin ke kaya? Saya percaya majoriti akan cakap "sedehana je" atau "biasa je". Kadang tu Alphard sebiji, Banglo sebiji, henset ganti macam ganti baju. Tapi ngaku "biase je".

Tapi yang saya cuba bincangkan ni, yang mana yang lebih baik. Miskin yang sabar atau kaya yang syukur? Ulama sebenarnya bincang lama bab ni. Semuanya ada sandaran.


PANDANGAN 1: MISKIN SABAR LEBIH BAIK

Pandangan ini kerana dalil,

“Orang fakir daripada kalangan Muslim akan masuk syurga sebelum orang kaya dengan jarak setengah hari (akhirat), bersamaan 500 tahun.”

(Riwayat Tirmizi – sahih)

Juga kerana dalil² lain yang menunjukkan besarnya pahala sabar. Antaranya,

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]


PANDANGAN 2: KAYA YANG SYUKUR

Ini ialah pandangan yang saya cenderung. Kerana orang kaya itu pastinya diuji dengan syukur ketika mereka ada segalanya, dan pasti ada peluang untuk dapatkan lebih.

Ketika mereka syukur, Allah berikan ganjaran. Lalu mereka bersedekah kerana syukur itu dan pahala sedekah itu pastilah berkali-kali ganda.

“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662). Beliau berkata, hadis hasan sahih

Bayangkan jika itu seketul biji sawi. Bagaimana kalau diberikan sekampit biji sawi? Bukankah itu sudah sebesar satu benua? Bagaimana kalau seguni biji sawi? Kiralah.

Apatah lagi jika disedekahkan hal yang lebih bernilai dari biji sawi. Sedekah dengan nilai yang tinggi dan sangat tinggi sehingga hanya yang kaya mampu meengeluarkan sedekah itu. Masyaallah.


KESIMPULAN

Walaupun saya cenderung pandangan kedua. Tetap lah juga yang terbaik ialah yang bertakwa.

“Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.”

(Al-Hujurat: 13)

Wallahualam


Taufiq Tuah

11.02.26 | 23.08.47

Comments