MEMURNIKAN RAYA SEBULAN?

 


Kepada yang memang belajar sunnah, jelas dah faham Aidilfitri itu hanya satu hari iaitu satu Syawal. Tapi kita hidup di negara yg masyarakatnya kempen "rayakan sebulan".

Mula² kena jelaskan yang raya Aidilfitri sebenarnya sehari je. 1 Syawal tu je. Dah tu mcm mana boleh sebulan ni?

Di Malaysia, biasanya cuti raya tu panjang sikit. Jadi waktu² ni lah orang balik kg apatah lagi yg jauh². Berbaloi lah sikit balik kg bila cuti tu panjang sikit. Tp lumrahnya pula bila dah lama tak jumpa semua, mestilah kita nak bersilaturahim lama sikit.

Maka utk pertemuan tu sehari, tak cukup lah. Jadi kpd ahli keluarga yg tak sempat di 1 Syawal, dianjak lah ke hari syawal seterusnya. Melarat lah hal ini kpd benda² lain. Kenduri open house tak sempat lah semua 1 Syawal, maka dibuat pada entah syawal keberapa. Jumpa anak saudara 5 syawal, bagi juga duit raya.

Kuih raya atas meja pun akan standby lah sepanjang syawal. Maka terlihatlah seperti raya itu sebulan.

1. Tuntutan sambutan aidilfitri itu ialah 1 Syawal. Jadi apa sahaja yg kita buat dgn niat meraikan hari saya hanya dikira pada 1 Syawal. Maksudnya pahala meraikan raya itu, kita hanya dapat ketika kita buat pada 1 Syawal. Jadi 1 Syawal tu yg patutnya all out lah.

2. Syawal kedua dan keatas, apa sahaja hal lain seperti jamu org makan, ziarah menziarahi, duit raya semua itu ada pahala. Tapi tak samalah pahala itu setinggi pahala kita niatkan untuk sambut 1 Syawal.

3. Sunnah² hari raya itu sunnahnya pada 1 Syawal. Kalau ada 3 pasang baju Melayu Kurung, yg paling bagus keadaannya tu pakailah pada 1 Syawal.

4. Sambutan kegembiraan 1Syawal sebenarnya tak terikat dengan kaedah Melayu sahaja. Ada keluarga yg misalnya hari 1 Syawal nak raikan dengan main Bowling atau Pickle Ball, silakan. Ada keluarga nak raikan raya gantikan lemang dengan Sushi, silakan. Asalakan mereka gembira, maka ada lah pahala.

Tuntasnya, apa yang penting kita tahu Aidilfitri itu sebenarnya 1 Syawal sahaja. Saya risau ketika kita berseloroh dengan kerap "rayakan sebulan", takut jadi norma baru dan normalisasi.

Tak salah nak berziarah, jamu makan, bagi duit pada syawal ke berapa sekalipun asalkan kita teguh dan jelaskan Aidilfitri itu ialah 1 Syawal sahaja. Wallahualam.

Taufiq Tuah
10.04.26 | 21.10.47


Comments