Baru-baru ini tular gambar seorang selebriti sedang merokok yang dikomen nasihat oleh 'page' tertentu. Komennya bagus berupa nasihat agar tidak berbuat demikian. Namun selebriti itu membalas komen itu dengan sinis. Lalu ramailah peminat atau penyokongnya yang setuju dengan perbuatan selebriti yg mempromosikan perbuatan merokok itu.
Sebenarnya benda ni asas je. Rokok haram dan tak baik untuk kesihatan. Mempromosikan benda² negatif seperti ini, adakah benda yg patut dipuji? Sedih kerana ramai juga yg mengutuk komen nasihat tersebut.
Saya suka ambil kata-kata Dr Khalid Basalamah bahawa dakwah itu seperti marketing. Bagaimama tugas kita mempromosikan agama ini. Kata² seerti ini turut disampaikan oleh Syeikh Hussein Yee.
Memang Muslim sepatutnya mempromosikan segala kebaikan dan dakwah. Tugas syaitan ialah mempromosikan segala keburukan dan kemaksiatan. Memang tugas syaitan menampakkan seperti maksiat dan keburukan itu cantik, cool dan sedap.
Jadi kita, minta lah jauh daripada mengambil alih tugas syaitan. Jadilah kita orang yg menyambung penyampaian kata² nabi dan memikul tugas dakwah mereka.
Kpd selebriti yg berkenaan, saya doakan diberikan taufiq dan hidayah. Selagi ada yg menasihati, selagi itulah ada masa untuk bertaubat. Sungguh Allah maha pengampun kpd hambanya yg bertaubat.
Kpd yg lain² yg menyokong, fikirkan kembali kata-kata kalian. Saya juga buat salah, semoga kita semua diampuni Allah subhanahuwataala.
Taufiq Tuah
15.05.26 | 27.11.47
Comments
Post a Comment