Pernah tak korang masuk dewan solat masa semua solat sunat lepas tu kau tengok lah semua orang ambil vibe suasana, and ternampak ada sorang ni tgh tahiyat akhir mata dia tengah pandang kau walaupun dia tgh solat. Pastu dia cepat² pandang bawah balik.
Mata bertentang mata, tp ni bukan kisah cinta tau. Ni bukan pasal Aku, Dia dan dot dot dot. Persoalannya, batal tak solat dia? Jawapannya tak batal.
Asasnya, mata kita pandang mana pun solat sah. Sebenarnya tiada pun dalil kata kena pandang tempat sujud. Cuma ada dalil yang melarang kita pandang langit ketika solat. Jadi pandang mana² selain langit, oke je.
Cuma kemudian ulama mengatakan yg terbaik ialah memandang tempat sujud kerana ia lebih dekat dgn khusyuk. Apatah lg fikiran kita biasanya ikut apa yg kita pandang. Kena pula masa solat tu lah mata melilau kita jadi lg into the details. Nampak lah garis² kat dinding, sawang hujung rumah, semut tu tgh angkat bangkai mentadak dan lain²
Bayangkan masa pandang tmpt sujud bersejadah pun, orang boleh main teka² bentuk corak sejadah tu mcm org main teka² bentuk awan. Nasihat saya jika hal ini berlaku, sejadah pun ketepikanlah.
Ya, kembali kepada jawapan tadi iaitu tidak batal.
Saya pun ada waktu solat di saf paling depan. Tapi dinding surau tu entah knp dia pegi pasang LED kat bawah dinding depan tu buatkan kalau saya pandang tmpt sujud saya maka saya silau. Jadi akhirnya saya pandang depan shj kerana itu lebih baik ketika itu.
Kenapa tak pejam mata? Sebab pejam mata masa solat telah bercanggah dengan sunnah dan dihukum makruh oleh ramainya ulama.
Wallahualam
Taufiq Tuah
01.03.26 | 11.09.47
Comments
Post a Comment