Alhamdulillah pada Ramadan ni ramai yg menghidupkan malam di masjid malah bawa anak-anak lagi. Dah ada kesedaran bahawa anak boleh solat sebaris dengan ayahnya walaupun belum khatan sebagai makmum.
Tapi masih ada juga anak yang mungkin nak solat dengan kawan, jadi memilih buat saf sendiri di belakang.
Apa pun, saya sedar selepas imam baca Al-Fatihah, ramai makmum yg sebut amin hanya perlahan, atau yg memang tak lafaz langsung pun ada. Mungkin mereka rasa aminkan dalam hati dah cukup. Padahal untuk lelaki, jaharkan amin itu yg sepatutnya.
Apatah lagi, selepas imam baca Al-Fatihah tu, sebenarnya malaikat² juga mengaminkan. Dan siapa yg amin bersama malaikat, akan diampunkan dosanya. Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah.
“Apabila imam menyebut: ‘ghayril-maghḍūbi ‘alayhim walāḍ-ḍāllīn’, maka sebutlah Āmīn. Sesungguhnya sesiapa yang sebutannya bertepatan dengan sebutan malaikat, akan diampunkan dosanya yang lalu.” [HR Bukhari]
"Ohh tak lah saya baca tapi pelan. Nanti amin kuat² kang riak pula" - Fulan
Sebenarnya kita dituntut untuk baca kuat. Sebagaimana hadis,
“Aku mendengar Nabi ﷺ membaca ‘walāḍ-ḍāllīn’, lalu Baginda menyebut Amīn dengan suara yang kuat.”
[Riwayat Abu Dawud hasan sahih]
Maka sebetulnya kuatnya amin yang dibaca oleh anak-anak di saf belakang tu, lebih menepati sunnah berbanding yg baca dalam hati. Sepatutnya perkataan amin itu bergema sekuat hon kapal kontena yang berlabuh.
Sepatutnya yg mendominasi perkataan amin itu suara-suara garau dan maskulin. Bukannya didominasi anak belum pecah suara. Jadi kita kena betulkan kembali apa yang kita silap.
Taufiq Tuah
21.02.26 | 03.09.47
Comments
Post a Comment