Isteri saya sebenarnya dah lama tak masak ikan taucu. Tiba² suatu ketika, dipilihnya masak menu tersebut. Saya makan je lah biasa, benda dah masak nasi pun dah cubit².
Sambil makan, tengok isteri makan murung². Saya tanya lah kenapa murung. Isteri jawab, "abang makan eh? Taucu ni tak sedaplah, tak rasa taucu pun". Saya pun jawab, "Jangan anggap taucu. Cuba anggap rezeki. Kan sedap".
Isteriku yang tadi murung, makan je tanda setuju. Sebenarnya nak kata kalau kita syukur ni seronok je. Kadang-kadang yang memisahkan kita dengan bahagia tu ialah kerana kita kurang rasa syukur.
Ada waktu kita jalan tepi restoran cantik dan nak bawa keluarga kita makan di situ. Tapi bila tengok menu, tak jadi masuk dek harganya. Dengan hajat nanti bila ada duit lebih nak pergi. Tapi hari makin hari duit tetap tiada lebih, restorannya pula tutup operasi. Kita fikir kita tiada rezeki makan di situ.
Padahal kita lupa sepanjang restoran itu buka dan kita makan segala benda yang lain selain di restoran itu, itu kan rezeki.
Kadang kita terlalu nak kena ikut orang atau kita takut apalah orang akan pandang kita. Semua orang tengah buat menu Khairul Aming, kita pun nak buat juga puding karamel tangkup terbalik.
Tapi time kita tangkup, jadi scramble egg. Mungkin yg kita faham, takde rezeki lah puding spoil. Wal hal sebenarnya memang rezeki kita masa tu jamah² scramble egg. Tinggal lagi kita bersyukur atau tidak.
Ketika kita fikir, "Menu Khairul Aming yg mana eh nk masak harini?". Di sana rupanya ada yang, "Duit dah masuk belum ya nak beli beras ni". Ada juga yg, "Harini untung tak banyak, makan sisa semalam dulu lah".
Senyum, syukur. Wabillahitaufiq.
Taufiq Tuah
23.02.26 | 05.09.47
Comments
Post a Comment