Saya masih ingat dahulu ada perbincangan di kampung tentang masalah bunuh ular, pukul ular. Ketika itu saya masih kecil tetapi tabiat saya masih kecil pula memang suka curi dengar.
Saya masih ingat perbualan mereka yang kata dia ada memukul seekor ular. Kemudian beberapa hari selepas itu, ular lain pula sedang tunggu di atas tingkap rumahnya kerana dendam. Difahamkan bahawa memang fahaman orang kampung ketika itu, ular ini ada dendam. Jika tidak dia, keluarga dia.
Menariknya, saya percaya kisah ini awalnya. Ye lah, orang tua-tua cakap kan. Tapi rupanya, khabar yang kata ular berdendam ni bukan baru muncul. Malah percakapan yang sama ada dalam mulut² orang Arab dahulu.
Sehingga nabi menafikan mitos itu dalam hadithnya dari Sunan Abu Daud,
""Bunuhlah semua ular. Sesiapa yang takut akan balasan dendam mereka, maka dia bukan daripada golonganku."
Malah dalam hadith yang sama juga mengajak untuk membunuh ular. Bermakna ada pahala yang khas bagi pembunuh ular. Malah ada pula hadith lain yang mengajak perangi ular.
"Kami tidak pernah berdamai dengan ular sejak kami memerangi mereka. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut, maka dia bukan daripada golongan kami" (Sunan Abu Daud)
Dari hal ini kita memahami secara umumnya, membela ular telah menyelisihi sunnah. Wallahualam
Taufiq Tuah
21 Jun 2026
Comments
Post a Comment