Semalam kita dah baca tentang "Abu Sufyan Selamat", boleh tgk di posting saya semalam. Sebelum Fathul Mekah, kekuatan Muslimin yang sangat kuat nak menggempur Mekah.
Abu Sufyan masuk Islam dan Rasulullah telah memberikan jaminan keselamatan kepada semua orang Mekah yang tidak keluar dari rumah mereka ketika Muslimin memasuki Mekah. Itu ialah jaminan yang besar dan sangat umum.
Tapi rupanya ada juga nama-nama yang tidak termasuk di dalam jaminan ini malah diperintahkan untuk dibunuh walaupun orangnya sedang memeluk kiswahnya Kaabah! Insyaallah saya senaraikan secara ringkas di sini. Mereka ini yang saya sering sebut "WANTED LIST FATHUL MEKAH"
1. ABDULLAH BIN KHATAL: Seorang yang asalnya Muslim yang dah membunuh seorang hamba tanpa hak. Kemudian murtad kerana takut dengan hukuman, lalu menyertai pemberontak. Malah banyak menyanyikan puisi mengutuk Rasulullah. Dia dibunuh ketika cuba menyorok di kiswah Kaabah.
2. FARTANA: Hamba kepada Abdullah bin Khatal yang bersama-sama menyanyikan puisi mengutuk Rasulullah. Dihukum mati.
3. HUWAIRITS BIN NAFIDZ BIN WAHAB: Dia yang telah menusuk lembing Fatimah RA ketika dalam suatu perjalanan sehingga Fatimah RA terjatuh. Juga banyak berpuisi mengutuk Rasulullah. Dihukum mati dan dilaknasakan oleh Saidina Ali RA.
4. MIQYAS BIN SUBABAH: Seorang Muslim yang membunuh pembunuh saudaranya walaupun telah bersetuju menerima diyat. Selepas itu lari ke Mekah dan memberontak. Akhirnya dibunuh oleh Namilah bin Abdullah Al-Laith.
5. HARITS BIN TALATIL: Juga seorang penyair yang memburukkan Rasulullah. Akhirnya dibunuh oleh Saidina Ali RA.
5 orang di atas ialah mereka yang akhirnya mati dalam keadaan kufur di dalam Fathul Mekah itu sendiri. Mereka tidak insaf atas perbuatan mereka walaupun hingga akhir hayat. Sungguh mereka berlima ini ialah orang yang rugi.
Namun diantara mereka ini juga ada yang akhirnya diberikan pengampunan. Bayangkan, perintah bunuh telah diperintahkan dan jenayah mereka tersangat-sangat besar dan jelas kepada Rasulullah. Namun tetap ada yang menerima keampunan.
Yang menerima keampunan ini yang ada Tuan Raja Adley Paris komen di posting sebelum ini dikenali sebagai Golongan Thulaqa. Mereka ialah,
1. QURAIBA: Hamba kepada Abdullah bin Khatal. Buat kerja yang sama dengan Fartana tetapi ketika bertemu Rasulullah untuk dihukum, Dia memohon suaka dan akhirnya menerima Islam.
2. ABDULLAH BIN SAAD: Bekas penulis wahyu Rasulullah tapi kemudiannya murtad. Memang dihukum mati, tapi dia lari ke rumah Saidina Uthman RA (saudara susuannya). Dari situ, Saidina Uthman RA memberikannya suaka dan bertemu Rasulullah. Lalu dia diampunkan.
3. IKRIMAH BIN ABU JAHAL: Anak kepada Abu Jahal (firaunnya umat ini). Lari ke Yaman kerana lari dari hukuman. Isterinya memeluk Islam dan meminta Rasulullah mengampunkan Ikrimah. Rasulullah mengampunkan dan menjemput kembali Ikrimah ke Mekah. Akhirnya Ikrimah memeluk Islam.
4. SARAH: Hamba kepada Ikrimah. Juga banyak menghina Rasulullah. Dia memintakan jaminan perlindungan dari Rasulullah dan masuk Islam.
5. HARITS BIN HISYAM : Juga dihukum mati kerana dia bersama pakciknya Abu Jahal memang menentang Islam. Tapi dia meminta saudari Rasulullah, Ummu Hani bin Abi Talib untuk menjaminnya. Kemudian Rasulullah mengampunkannya dan dia menerima Islam.
6. ZUBAIR BIN ABI UMAYYAH: Sama dengan Harits bin Hisyam. Meminta jaminan dari Ummu Hani
7. HABBAR BIN AL-ASWAD: Salah seorang yang bertanggungjawab ke atas peristiwa pembantaian umat Islam di Mekah sebelum hijrah. Dia juga menusuk unta yang ditunggangi Zainab binti Rasulullah yang sedang mengandung. Sehingga Zainab keguguran. Dia memohon ampun kepada Rasulullah dan Rasulullah ampunkan.
8. WAHSYI BIN HARD: Pembunuh Saidina Hamzah, pakcik Rasulullah. Lari sampai Thaif. Tapi dia tahu lambat laun Islam juga akan sampai ke Thaif. Akhirnya meminta ampun dari Rasulullah dan menerima Islam.
9. KAAB BIN ZUHAIR: Penyair yang kuat menghina Rasulullah. Ketika Fathul Mekah, dia lari keluar. Namun akhirnya pergi ke Madinah untuk meminta ampun kepada Rasulullah dan menerima Islam.
10. ABDULLAH BIN ZIBA'ARA: Penyair yang kuat menghina Rasulullah. Ketika Fathul Mekah dia lari ke Najran. Kemudian dia kembali meminta ampun dengan Rasulullah dan menerima Islam.
11. HINDUN BIN UTBAH: Isteri kepada Abu Sufyan. Memeluk Islam juga setelah suaminya memeluk Islam.
Daripada ramai-ramai list wanted, lebih dari separuh menerima keampunan. Sedangkan jenayah mereka bukan jenayah yang kecil. Tapi begitulah rahmat Allah yang sentiasa menerima taubat. Rugilah kepada mereka yang enggan bertaubat sedangkan pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Daripada list ini juga sebenarnya ada Hubairah bin Abi Wahab al-Makhzumi. Penyair yang banyak mengutuk Rasulullah dan satu kabilah dengan Abu Jahal. Dia lari ke Najran masa Fathul Mekah dan mati kufur.
Taufiq Tuah
31.05.26 | 14.12.47
Comments
Post a Comment