RIBA HUTANG TAK SEMESTINYA DENGAN DUIT


Saya rasa semua tahu tentang haram riba. Ramai yang tahu secara mudah bahawa riba ialah seperti ini.

Sameon nak pinjam duit dengan Aezriel. Aezriel bagi pinjam RM100 tapi dengan syarat Sameon bayar balik RM100.40. Yang 40 sen itu riba dan dilaknati. Ini jelas.

Tapi ada juga riba yang tak melibatkan duit. Saya akan buat dialog untuk mudah faham isu ini.

Sameon: Aezriel, nak pinjam RM100.

Aezriel: Boleh. Tapi kena tolong aku basuh motor dulu. 

Sameon: Eh mana boleh. Nanti budi aku membasuhkan motor tu dikira sebagai riba. Sebab aku nak bayar balik RM100 tu.

Aezriel: oh ya juga. Hmm kalau macam tu. Kau nak pinjam boleh tapi kau kena beli aku punya jualan Quesillo dulu. Harini tak ramai pula customer.

Sameon: Eh tak boleh. Nanti Quesillo tu pula jadi riba. Tak boleh.

Aezriel: Kalau macam tu, kau dah pinjam apa aku dapat? Tak untung lah macam ni.

Sameon: dapat balik RM100 kau lah nanti masa aku gaji.  Nama pun pinjam, mestila dapat pulang benda sama. Untung kat pahala la insyaallah.

Sebenarnya apa sahaja bentuk untung dunia yg cuba diaraih dari akad pinjam akan dikira sebagai riba. Kerana itulah sebenarnya definisi riba,

"Setiap pinjaman yang membawa manfaat (yang disyaratkan kepada pemberi pinjam) adalah riba."

Semoga semua yang baca faham ya. Sebab saya pun agak berusaha gigih juga menulis ni sebab nak taip nama "Aezriel" tu pun berkeringat juga. Wallahualam.


Oleh: Taufiq Tuah

Comments