Persoalan Kelebihan Air jampi 30 juzuk

OLEH: Taufiq Tuah


Dini hari telah tersebar air2 yg kononnya telah dibacakan AlQuran ataupun dgn bacaan2 tertentu. Mungkin dikala dahulu tersebarnya air sebegini di Nusantara dek bomoh , nujum, dukun dan pawang yg tidak menggunakan antibiotik sebagai usaha penyembuhan. Maka diberikan air yg dijampi dengan bacaan2 jampi jawa, siam dan kadang kala juga dengan ayat AlQuran untuk meyakinkan pesakit. 
Disuruhnya pula pesakit untuk minum, mandi, renjis atau sapukan air itu ke tempat yg tertentu .

Hari ini, air2 sedemikian dikomersial kan dan dibuat dalam bentuk bancuhan, kordial, air berperisa dan sebagainya.

Sebenarnya, Islam tidak menyangkal bahawa AlQuran itu syifa. Tetapi sebagai umat Islam, sudah tentulah kita menentang mereka yg menjual agama untuk kepentingan diri.

Bagi pesakit, sebaiknya membacakan ayat AlQuran itu sendiri dan tidak mengharapkan org lain membacanya.

AlQuran turun bukanlah untuk dijadikan jampi jualan. Kita tidak mahu apabila disebut 'ekonomi Islam' , terlintas dipemikiran dunia bahawa ekonomi Islam itu ialah menjual air jampi dan fashion berteraskan capal nabi. Sedangkan para sahabat yg berdagang dn berniaga juga tidak membuat sedemikian.



Wallahualam.

___________________________
       Taufiq Tuah
       ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments