Syiah Mazhab Aqidah Atau Mazhab Siyasah?

OLEH: Taufiq Tuah

Syiah ialah topik yang sering kali diulang-ulang oleh blog ini memandangkan ia merupakan isu yang selalu dipandang enteng oleh Muslim sendiri. Kadang kala mereka memakai pakian yang menampakkan persis mereka seorang Ahli Sunnah, tetapi sebenarnya mereka sangat menyenangi dan disenangi oleh Syiah.

Persoalan pada tajuk artikel kali ini juga perlu diteliti dan dihurai memandangkan ramai yang terkeliru dengan hal tersebut.

Syiah Sebagai Mazhab Politik:
Syiah yang kononnya merupakan pandangan politik sebenarnya tidak tepat. Mereka mendakwa bahawa mereka menyokong Saidina Ali RA tetapi dalam masa yg sama, Saidina Ali RA tidak pernah mahu merampas kuasa Khalifah  daripada Amirul Mukminin Uthman Al-Affan.

Walaupun begitu, Abdullah Bin Saba' (Ibnu Saba') iaitu pembawa ajaran ini masih juga menyebarkan ajarannya untuk melawan pemerintah pada waktu. Lebih teruk lagi ialah, Saidina Ali mula disifatkan dengan sifat2 tuhan. Ini membawa kepada ghuluw yang melampau.

Setelah Saidina Ali RA dibaiat menjadi Khilafah (kerana berlaku pembunuhan zalim ke atas Saidina Uthman RA), puak Ibnu Saba' ini jugalah yg menyusahkan Saidina Ali RA. Mereka melemparkan fitnah-fitnah sehingga terletusnya Perang Jamal dan Perang Siffin.

Apakah pandangan politik yang mereka perjuangkan? Adakah mereka mahu kepimpinan Saidina Ali? Jika begitu, kenapa mereka juga yang mengkucar-kacirkan pemerintahan Saidina Ali?

Atau mereka memperjuangkan kepimpinan Abdullah Bin Saba'? Jika begitu, maka sepatutnya perjuangan mereka mestilah dengan slogan ibarat memuji namanya. Namun tidak juga begitu. Oleh itu, menyamakan kewujudan Syiah kerana pandangan politik ialah kurang tepat.

Walaupun akhir-akhir ini mereka menyuarakan pandangan 'Wilayatul Faqih' dan juga 'Revolusi Iran', ini semua hanyalah slogan-slogan baru yang akhirnya menambah kemudaratan umat Islam.

Selepas Revolusi Iran, Ahli Sunnah semakin dibantai. Tidak pun memberi kebaikan kepada kita. Malah mereka semakin melampau apabila menggubakan istilah-istilah ala islami untuk membenarkan perbuatan mereka. Mereka menubuhkan 'Hizbullah' tetapi sebenarnya mereka 'Hizbusyaitan'. Mereka lah dalang disebalik pembunuh Ahli Sunnah besar-besaran pada era moden ini.

Syiah Sebagai Mazhab Aqidah:
Aqidah ialah topik yang paling penting dalam Islam. Sebagai Muslim, Aqidah kita mestilah sama sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW dan juga para sahabat.

Kita menyayangi Saidina Ali RA sebagaimana layaknya baginda ialah sahabat Rasulullah SAW. Malah kita menyayangi sekalian sahabat lainnya tidak mengira mereka daripada suku mana dan pada waktu bila mereka memeluk Islam. Kita menyayangi Saidina Abu Bakr As-Siddiq yang awal memeluk Islam dan kami menyayangi Abu Sufyan Bin Harb yang agak lewat memeluk Islam.

Bukan daripada ajaran Islam apabila ada yang memuja Saidina Ali sepertimana seorang Rasul atau Nabi. Bukan ajaran Islam apabila mereka mengatakan keturuna nabi itu maksum. Bukan juga dari ajaran Islam bagi mereka yang membenci, menghina apatah lagi mengkafirkan ummul mukminin dan juga sahabat2 Rasulullah SAW.

Namun Syiah mengajar apa yg tidak diajarkan Islam tadi. Malah mereka membunuh mana-mana Ahli Sunnah sesuka hati mereka. Jika ada perang saudara, umum juga tahu ia pastilah kerana Syiah terlibat di perang itu. Sebagaimana perang saudara hari ini di Syria dan Yaman.

Aqidah mereka yang sangat jijik akhirnya membentuk ajaran yang sangat jauh dari sunnah Rasulullah SAW. Banyak kali penulis bertanya kepada para pembaca di dalam artikel sebelum ini. Sanggupkah anda duduk semeja dengan mereka yang zikir mereka ialah menghina dan mencaci isteri-isteri dan sahabat-sahabat Rasulullah SAW?

Wallahualam

___________________________
  Taufiq Tuah
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments