OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Kita tidak boleh memandang remeh ucapan-ucapan yang menyentuh nilai keyakinan dan keimanan kita.
Dengan ucapan, seseorang boleh menjadi muslim, dan dengan ucapan juga, seseorang itu boleh menjadi murtad.
Toleransi kita sesama non muslim ialah pada hubungan dan pergaulan, bukan menyentuh ucapan yang syubhah yang menjurus ke arah kekufuran.
Nabi membenarkan yahudi berniaga walaupun baginda mengetahui yahudi terkenal dengan tipu muslihat dan juga pengamalan riba. Nabi tidak melarang kita sebagai umatnya untuk makan sembelihan ahli kitab kerana mereka juga menyebut nama Allah ketika menyembelih.
Bahkan, nabi menggadai baju besinya kepada penjual makanan berbangsa yahudi untuk mendapatkan makanan.
Ini kerana, kesemua ini berkait dengan muamalah. Pergaulan dan hubungan sesama non muslim.
Tetapi didalam bab akidah, keyakinan dan keimanan, tiada toleransi langsung. Kita tidak boleh menyembah, mengiktiraf tuhan yang mereka sembah, sebagai mana mereka tidak sesekali akan menyembah tuhan yang kita sembah.
Sepertimana firman Allah yang terdapat didalam surah al-Kafirun yang akhirnya, Allah menutup dengan :
"Bagimu agamamu dan bagiku agamaku"
( al-Kafirun ayat 6)
Nabi tidak mengizinkan sahabatnya Saad bin Abi Waqas mengikuti nasihat ibunya yang inginkan mogok sehingga mati selagi Saad memeluk Islam. Walhal kedudukan ibu sangat tinggi didalam Islam.
Tetapi dalam masa yang sama, baginda meminta supaya Saad menjaga ibunya dengan baik sekalipun ibunya masih kafir tatkala itu.
Begitu juga dengan para sahabat dimedan peperangan Badar. Mereka terpaksa membunuh kaum kerabat, sahabat handai, sanak saudara sendiri lantaran saudara mara mereka masih didalam keadaan kafir. Jikalau mereka tidak membunuh, maka mereka akan dibunuh tatkala itu.
Tetapi bila menjadi tawanan, mereka dilayan dengan baik, sekalipun belum memeluk Islam laksana mereka bukan umpama tawanan perang.
Inilah menunjukkan bukti nilai dan keagungan Islam. Sekalipun bertegas didalam bab akidah, tetapi amat bertoleransi didalam bab pergaulan.
Oleh kerana itu, janganlah kita meremehkan ucapan "merry christmas" dan seumpamanya, ditakuti melanggar akidah kita. Para sahabat yang agung sanggup berperang demi Islam untuk sampai pada kita, apakah kita terlalu lemah sehingga ingin mengikuti segala petunjuk golongan yahudi dan nasrani ini?
Cukuplah kita menukar dengan mengucapkan "selamat bercuti", ini kerana ianya lebih baik dan terjauh daripada syubhah.
Bahkan jikalau mereka mempersoalkan, mungkin itu masanya untuk kita menerangkan jesus yang sebenar terhadap mereka. Mudah-mudahan hati mereka terbuka untuk memeluk Islam.
P/s: Kita membenci kekufuran sama seperti kita takutkan api neraka menyambar kita. Kita tidak membenci individu yang kafir kerana mereka masih memiliki peluang untuk memeluk Islam selagi masih hidup.
Tiga perkara yang mana sesiapa memperolehinya dia mendapatkan kelazatan iman:
Kedua: Mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah.
Ketiga : Takut kembali kepada kekufuran sepertimana takutnya dicampak ke dalam neraka Allah. (HR Bukhari & Muslim)
-Gambar via PendidikanKewargenegaraan-
___________________________
~ Ustaz Huzaifah Hadis ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment