Negara Kota Madinah Tidak Punya Bendera

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Nabi tidak pernah mengakibarkan bendera Rasmi Madinah di perbatasan dan pintu masuk kota. Malah sebenarnya Madinah tidak memiliki bendera sebagai lambang.

Namun ketika meletus peperangan maka Nabi mengkibarkan bendera yang menjulang masej Tuhan iaitu Tauhid. Kerana perang adalah jihad untuk menegakkan Kalimah Tauhid.

Hingga orang khusus sahaja yang diberikan kebenaran untuk memegang bendera tersebut. Malah hukumnya pula tidak boleh membiarkan bendera itu jatuh ke bumi.

Juga dalam keadaan lain, Nabi telah wasiatkan pewaris pemegang bendera tersebut jika empunya terbunuh sewaktu bertempur.

Setelah tamat peperangan maka bendera tersebut di simpan dan tidak pernah berkibar dalam waktu aman.

Persoalannya apakah Nabi tidak tahu bahawa Rom, Parsi, China, dan banyak negara lain memiliki bendera dan memacaknya di Istana?

Bukankah Allah telah melipatkan bumi kepada Baginda hingga melihat dari Timur ke Barat? Juga bukankah Allah telah tunjukkan zaman silam dan zaman hadapan?

Ini semua adalah dalam bentuk menghilangkan jalan-jalan menuju kesesatan. Kerana untuk mengelak kaum muslimin "menyembah" bendera walhal menyembah hanya untuk Allah.

Dunia hari ini telah menyembah bendera ketika ia dinaikkan ke atas tiang: mereka berdiri dan tegak lurus, malah ada yang memberi tabik hormat.

Hal inilah yang tidak diinginkan oleh Rasulullah SAW.

Juga ketika negara yang punya bendera lalu ketika ada orang memijak atau membakar bendera; apa perasaan kita?

Jika Madinah tidak ada simbol perwakilan, membakar dan menjijak simbol negara tidak akan berlaku.


___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments