OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
1- Dalam bahasa arab, gaji atau upah bagi pekerja disebut sebagai rātib (رَاتِب). Siapa sahaja yang tak suka dapat upah kan sesudah kita buat sesuatu kerja ?
2- Sebenarnya, perkataan rātib ini kata banyaknya (jamak/plural) adalah rawātib. Macam pernah dengar kan kalimah rawatib ?
3- Ya, rawatib atau solat rawatib merupakan solat yang mengikut solat fardu. Dari sudut ada solat sunat qabliyyah yang dilakukan sebelum solat fardu, juga solat sunat ba’diyyah yang dilakukan sesudahnya.
4- Justeru, jika kita suka dapat upah kerja, kenapa kita kadangkala culas melakukan solat sunat rawatib ? Hakikatnya ini merupakan bonus untuk kita menampung segala kekurangan dalam solat fardu, seperti tidak khusyuk dan juga meninggalkan tadabbur ke atas bacaan ayat Al-Quran.
Seperti yang disebut dalam kitab Al-Iqna’ oleh Al Khatib Al-Syirbini (1/115).
5- Sebenarnya, waktu solat rawatib adalah terikat dengan waktu solat fardu. Selama masih ada waktu solat fardu, maknanya masih ada lagi waktu solat qabliyyah dan ba’diyyah.
6- Jadi, mari rebut bonus ini dan jangan mudah-mudahan meninggalkannya. Sekalipun kita solat di rumah, kita masih boleh melakukan solat rawatib ini. Sudah tiada alasan lagi untuk meninggalkannya.
والله الموفق
Comments
Post a Comment