OLEH: Taufiq Tuah
Sangat sinonim dengan masyarakat Melayu nusantara ini..
Apabila saya menulis entry ini, saya agak risau sebenarnya kalau-kalau nanti saya akan di label wahabi. Tapi nak difikirkan balik, kita memang nak merevolusikan Melayu ke arah yang lebih baik..
Jadi tidak salah jika saya menentang apa yang salah di alam Melayu ini.
Ala kullihal, saya tidak boleh membuat entry dengan isi sampah.
Maka saya akan menulis dan menyertakan bukti-bukti yang saya mampu hujahkan.
Soalan saya, apa itu tahlil??
Tahlil secara literalnya ialah, perkataan 'Lailahailallah'..
Namun, perkataan 'tahlil' di alam Melayu nusantara ini lebih sinonim dengan 'kenduri tahlil'.
Mungkin kerana perbuatan bertahlil sambil gerak kepala, goyang badan dan memulakan tahlil dengan perlahan kemudian semakin laju yang biasa kita lihat di mana2 kenduri tahlil..
Mungkin sbb itu ia dipanggil kenduri 'tahlil'..
Adapun saya ingin tahu,
apakah sampai bacaan Al-Quran kepada si mati?
ATAN : Sampai kot...
"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakan"
-Surah An-Najm : 39-
Dari ayat ini, kita tahu bahawa jika Atan berpuasa, maka pahala akan sampai kepada dirinya sendiri.
Jika saya yang berpuasa, Atan tidak akan dapat pahala puasa saya.
Sebab?? Sebab Atan hanya akan mendapat apa yang dia usahakan.
Imam Muzani (sahabat Imam Syafie) berkata,
"Rasulullah SAW telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain."
*Kitab Al-Muwadhu'at Juz 3. hlm. 239
Maka dengan pandangan ini, memberi tuntas bahawa bacaan itu tidak sampai kepada jenazah.
Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah mengatakan bahawa,
"Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf As-Soleh (sahabat) apabila mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa,haji dan membaca Al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati."
*Takmilatul Majmu' Jilid. 10 hlm. 417.
Imam An-Nawawi pula berkata,
"Adapun bacaan Al-Quran maka yang masyhur dikalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati."
*Syarah Muslim Juz 1. hlm. 90
Baik, selesai bab sampai atau tidak bacaan Al-Quran kpd Jenazah...
ATAN: Klau mcm tu kite buat kenduri arwah, tpi x yh lah baca2 tahlil..
Kita lihatkan pula hujjah ini.
Daripada Ibnu Jarir Ibn 'Abd Allah al-Bajali: " Kami berpendapat (para sahabat) bahawa berhimpun bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah daripada al-niyahah"
Hadith ini sahih mengikut Ibn Majjah.
Hadith ini ada dua jalan sanad . pertama berdasarkan syarat Imam Bukhari dan kedua mengikut syarat Imam Muslim.
Daripada riwayat Imam Ahmad Bin Hambal,
"Kami kira berhimpun dengan keluarga si mati, dan menyediakan makanan selepas mengebumikan jenazah adalah daripada al-niyahah"
ATAN: bagus lah tu..dia Al-niyahah...
Adakah sebab itu perkataan arab maka ia bermakna bagus?
Apa sebenarnya Al-niyahah ni???
Al-Niyahah lebih mudah difahami sebagai meratap.
dan ia bukan hal yg dibenarkan..
Diriwayatkn dari Abu Malik Al-Asy'ari bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Empat hal yang terdapat pada umat ku yang termasuk perbuatan jahiliah yang susah untuk ditinggalakan: (1) membangga-banggakan kebesaran leluhur, (2) mencela keturunan, (3) mengaitkan turunnya hujan kepada bintang tertentu dan (4) niyahah (meratapi mayat)".
Lalu beliau bersabda,
"Orang yang melakukan niyahah bila mati sebelum ia bertaubat, maka ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan ia dikenakan pakaian berlumuran dengan cairan tembaga, serta mantel yang bercampur dengan penyakit gatal"
-Hadith riwayat Muslim no.934-
Tuntasnya, Niyahah ini ialah perbuatan jahiliah..
Imam An-Nawawi menfatwakan haram kepada pelaku niyahah di dalam kitabnya Syarh Muslim, 6:235.
Imam Syafie pula mengatakan bahawa,
"Saya benci ma'tam iaitu mengadakan perhimpunan sekalipun mereka tidak nangis."
Imam An-Nawawi pula berkata menerusi Al-Majmu'
"bahawa ma'tam itu satu rekaan sahaja".
Maka dapat difahami bahawa tidak ada Kenduri Arwah dan Tahlil dalam Islam. Wallahualam
KESIMPULAN,
Jangan lah kita terlampau taksub dengan adat budaya kita yg salah.
Bukanlah semua adat kita itu mengikut ajaran Islam.. Maka tinggalkan lah yang bercanggah.
Buang yg keroh, ambil yg jernih..
___________________________
~
Taufiq Tuah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment